search for more here

Custom Search

selamat hari raya everyone

esk kita da balik kg utk and will stay there for a week. will come back here next saturday.just now we went to my dad's grave, then went shopping at jusco in equine park where i bought some baju raya and shoes.i have packed my clothes and we will leave tomorrow first thing in the morning after subuh prayer.so have a blessed and wonderful hari raya. goodluck and have fun in your kampong people!!

next???let's head for some karaoke people!!






berbuka di pizza metro point


the plate is still clean

we sure eat a lot man!!!
in this photo: janie aniely86.blogspot.com

apa yang anda tahu mengenai buli siber?

Bidang pendidikan pada hari ini sering dilanda pelbagai masalah yang melibatkan remaja terutamanya masalah disiplin seperti ponteng sekolah, delinkuensi, buli, keganasan terhadap guru dan pelbagai masalah lagi. Mereka semakin sukar dikawal walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi ia tetap juga terjadi. Jika dahulu buli diketahui sebagai perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain. Mereka ini biasanya membuli kerana bosan dengan pembelajaran di sekolah, ingin menunjukkan kekuatan, sekadar suka-suka, dan perasaan benci pada mangsa. Apa yang dikatakan disini adalah perbuatan membuli secara fizikal.

Tetapi dengan persediaan era internet 2035, teknologi menjadi semakin canggih dan remaja tidak ketinggalan mengikuti perkembangan teknologi-teknologi ini. Hal ini dapat disaksikan dengan mengambil contoh laman sosial seperti MySpace, Friendster, Facebook, Tagged dan YouTube, semuanya menggunakan Internet sebagai platform dan golongan muda sangat menggemarinya. Tambahan pula, generasi muda akan mengembangkan pelbagai aplikasi melalui Internet dan menjadikannya sebagai platform yang membantu bentuk komunikasi baru.

Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar.

Tetapi, dalam setiap nilai positif yang terdapat dalam Internet, ada ketikanya ia menjadi medan yang disalah guna sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Timbul pula dalam kitaran Internet itu apa yang dikatakan buli siber dan mengganggu kehidupan digital orang lain dengan menghantar virus dan sebagainya. Ada bermacam jenis pembulian siber; daripada membuat fitnah atau khabar angin, menyebarkan gambar yang boleh memalukan sehinggalah menghantar mesej memalukan, berulang kali mengganggu (termasuk gangguan seksual), mengancam atau memeras ugut.

Ada dua perbezaan utama antara buli di alam nyata dan buli siber. Pembuli siber menggunakan teknologi untuk menyebarkan mesej dengan cepat kepada ramai orang. Malah, mereka boleh mengambil gambar memalukan menggunakan kamera telefon bimbit dan menyebarkannya kepada kawan lain dalam masa beberapa minit saja. Selain telefon bimbit, komputer dan Internet membolehkan pembuli berselindung di balik nama samaran yang secara tidak langsung memberi mereka peluang melakukan aktiviti buli dengan lebih rancak kerana identiti sebenar mereka dapat disembunyikan.

Mengikut maklumat Pusat Keselamatan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Tindak Balas Kecemasan Kebangsaan (NISER), bagi tempoh 1998 hingga 2007, ancaman dan serangan siber menunjukkan aliran itu meningkat iaitu daripada kira-kira 340 aduan kepada hampir 40,000 aduan oleh pengguna Internet. Pada 2007, kira-kira 38,600 aduan spam dilaporkan kepada NISER, diikuti dengan kegiatan menggodam (385 aduan), penipuan ‘fraud’ (364 aduan) dan penghantaran kod jahat (malicious) (182 aduan).

Buli siber biasanya dilakukan oleh remaja atau orang dewasa yang bermasalah dan ia menunjukkan yang pembuli mempunyai masalah tingkahlaku dan mental. Selain itu faktor kesunyian menyebabkan pembuli cenderung untuk membuli agar mendapat perhatian dari orang lain. Gangguan ini bukan saja memalukan, tetapi boleh menyebabkan seseorang remaja berasa rendah diri sehingga ada yang nekad membunuh diri seperti yang berlaku pada seorang budak lelaki berusia 13 tahun di Amerika. Ryan Halligan telah ditipu dan difitnah oleh rakan-rakannya dengan menyebarkan e-mail yang dihantarnya serta mengatakan bahawa dia adalah seorang gay dengan tujuan untuk menghinanya.

Kajian Symantec mendapati 72 peratus remaja Asia berumur 15 hingga 24 tahun menggunakan Internet untuk pelbagai perkara, termasuk mencari maklumat, memuat turun lagu atau perisian serta mencari kenalan. Lebih 42 peratus pengguna Internet di Malaysia berumur kurang 24 tahun, 47 peratus pelajar sekolah menengah dan lapan peratus pula masih belajar di sekolah rendah. Sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik. Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku, tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap ia tidak perlu dilayan.

Kementerian Pelajaran telah mengenalpasti masalah ini tetapi masih belum dapat mengesahkan sejauh mana kes buli siber berlaku dikalangan pelajar. Walau bagaimanapun, kementerian telah mengambil langkah berjaga-jaga kerana walaupun kes membabitkan buli siber tidak banyak dilaporkan, ia tetap berlaku kerana sikap sesetengah masyarakat yang mengambil remeh akan perkara tersebut.

Jika dilihat dari perspektif teori masalah sosial, masalah buli siber ini tergolong dalam teori sosial pathologi kerana buli siber adalah bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat dan individu yang melakukannya dianggap sebagai individu yang sakit pemikirannya dan mereka ini wajar dikenakan tindakan. Walau bagaimanapun, adalah tidak adil jika dikatakan bahawa mereka yang terlibat masalah buli siber datang dari kelas atau keturunan yang rendah atau tidak sempurna didalam sesebuah masyarakat. Ini kerana pada era teknologi kini, hampir semua golongan dapat merasai dan menggunakan teknologi kerana ia semakin murah dan digunakan secara meluas. Maka sesiapa sahaja boleh menjadi pembuli siber atau mangsa buli. Tidak kira kaum, kelas, keturunan, kaya atau miskin. Ciri-ciri fizikal juga tidak dapat dijadikan ukuran untuk menentukan samaada seseorang itu adalah pembuli siber atau tidak. Pada masa kini, kejahatan tidak lagi mengenal rupa paras atau taraf sosioekonomi. Sesiapa sahaja boleh menjadi pembuli atau mangsa buli siber. Apa yang penting disini adalah pemikiran yang dipengaruhi oleh persekitaran yang boleh mendorong seseorang itu samaada menjadi “budak baik” atau “budak jahat”. Teori kecelaruan atau ketidaktentuan sosial juga boleh dikaitkan dengan masalah ini disebabkan tiadanya sebarang panduan tentang etika penggunaan teknologi bagi mereka yang baru diperkenalkan dengan teknologi maklumat. Apabila menyedari teknologi membolehkan mereka melakukan pelbagai perkara, mereka tidak teragak-agak untuk cuba melakukan jenayah siber dan bebas melakukan apa sahaja. Kekurangan peraturan yang memfokus secara spesifik terhadap penggunaan teknologi maklumat juga adalah salah satu faktor terjadinya masalah ini.

Disini letaknya tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak mereka tentang penggunaan teknologi. Masalahnya ibu bapa tidak mempunyai masa atau kurang pengetahuan mengenai penggunaan khidmat online serta telefon bimbit. Biasanya ibu bapa tahu anak-anak menggunakan telefon bimbit atau Internet tetapi mereka tidak tahu dengan siapa anak mereka berbual, menghantar mesej atau e-mail. Sebagai ibu bapa mereka perlu memastikan anak mereka sama ada bukan mangsa buli atau pembuli di alam siber. Ibu bapa perlu menasihatkan anak-anak dan menerangkan garis panduan menggunakan telefon bimbit dan Internet dengan selamat.
Jika mereka merupakan ahli kepada laman web awam, pastikan ibu bapa juga meninjau laman web berkenaan dari masa ke semasa. Anak-anak yang menjadi mangsa pembuli siber biasanya tidak akan memberitahu ibubapa kerana bimbang tidak dapat menggunakan talian Internet atau telefon bimbit lagi jika berbuat demikian. Tetapi mangsa buli siber biasanya menunjukkan tanda-tanda seperti sedih atau marah selepas menggunakan telefon bimbit atau internet, dipulaukan oleh rakan-rakan dalam aktiviti harian, pelajaran merosot dan mudah marah, keadaan tekanan atau kemurungan yang tinggi.

Sebagai langkah perlindungan jenayah internet, rahsiakan semua maklumat peribadi apabila menggunakan internet, jangan berjumpa kenalan yang dikenali di internet sendirian,beritahu ibubapa apa yang dilihat di internet jika ia membuatkan kita berasa kurang selesa, jangan dedahkan data kepada orang lain dan sentiasa berhati-hati serta berbuat baik.

Kesimpulannya, buli siber bukanlah aktiviti yang baik untuk dilakukan. Kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa buli siber. Disamping itu, Kementerian Pelajaran harus melakukan pemantauan agar pembulian siber dikalangan pelajar sekolah dapat dikawal.




rujukan:
1. Bernama. (2008, May 4).
2. Dahari, R. M. (2008, May 5). Pendidikan in Utusan online http://www.utusan.com.my
3. Hanif, A. (2007). myMetro http://www.hmetro.com.my
4.
Wikipedia Bahasa Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli
4. Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat